jom kita lawan klik...

Rabu, 16 Mei 2012

berkorban apa saja....



selamat tengah malam semua.... ehh, ada ka selamat tengah malam...??? setahu aku masa kat sekolah dulu tak da pulak cikgu ajaq selamat tengah malam... tadi aku dok belek belek kereta kat mudah.my tu... aku adala perancangan nak beli kereta lain... ingat nak beli kereta terpakai je lah.... nak beli yang baru tak mampu... uhuk uhuk uhuk...

kali ni aku dah tak mau beli kereta buatan Malaysia... sebelum ni pun aku dah guna kereta buatan Malaysia... mula mula aku pakai wira aeroback, tukar kepada waja... waja asyik problem, tukar pulak ke perdana v6....

kereta pertama aku proton wira aeroback... model ni tak banyak masalah... dia jaga aku dengan baik... duit aku pun tak terbang banyak untuk repair dia...

pastu keluaq pulak waja... gatai pulak la nak tukaq pakai waja... model ni yang kedarah duit aku dengan banyak sekali... power window selalu lingkup... apa punya Proton... dahla mahai... bukan takat power window ja, pembuka pintu tu pun selalu patah... binawe sungguh... rata rata pemilik waja akan complain masalah ni jugak lah... kalau tak caya, cubala tanya kat sapa sapa yang pakai waja...

tak puas hati ngan waja, gedik pulak tukar ke perdana v6... kereta ja mahai, tapi lampu tak terang... bab minyak tak payah cerita la... kedarah bagai nak rak... orang kata perdana selalu akan rosak gearbox... tapi kereta aku alhamdulillah, gearbox ok je... tak dak masalah... sebabnya, aku dah bubuh coolant... kalau model 2005 ke atas, keluar ja dari kilang dah ada coolant siap... tapi aku punya model 2004... terpaksa bubuh sendiri coolant tu... kereta ni pun best, kalau setakat nak hentam 180km/j atau 200km/j, senang senang... selalu jugak la aku buat eksperimen... dan selalu jugak bini aku akan meroyan kat dalam kereta...

la ni, aku bercita cita untuk pakai jenama toyota pulak... impian tu nak beli model mpv la... bukan apa, masa aku pakai perdana tu, barang barang anak aku saja pun dah penuh bonet belakang... tu baru sorang anak... dari pengalaman yang lepas, aku buat keputusan kali ni beli saja mpv... lagipun boleh bawak ahli keluarga yang lain sama...

manalah tau kan, kot kot ada rezeki, boleh tambah seorang lagi... hahahahaha.... bukan tambah bini, tapi tambah anak... tapi kena ada kelulusan dari isteri aku dulu la... sebab dia yang akan terseksa... aku goyang kaki ja... hahahaha....

cukup waktu, dia jugakla yang akan bertarung nyawa... aku cuma dok tengok ja... ish ish ishh... besar sungguh pengorbanan seorang isteri dan ibu... eh eh eh, nak teremosi pulak... oklah, panjang berjela dah ni... satgi hampa boring pulak.... jumpa lagi dilain entry...




Ahad, 13 Mei 2012

patah tumbuh, hilang tiada ganti....


la ni aku ada minat kat seseorang... minat sungguh sungguh laaa... tiap tiap hari aku dok tengok dia...

jeng... jeng... jeng... siapakah yang bertuah itu...

jangan salah sangka pulak ok...

orang yang aku maksudkan ni seorang lelaki... bukan perempuan tau... kalau perempuan, awai awai lagi la isteri aku mengamuk... mesti pinggan mangkok berterbangan...

aku minat kat Ustaz Azhar Idrus... kalau tanya yang kaki youtube, mesti pakat kenai... aku memang minat cara dia sampaikan kuliah agama... cara dia tarik anak muda... jawapan yang dia bagi pun ringkas dan padat... waktu aku tulis entry ni pun aku tengah dengar kuliah agama Ustaz Azhar Idrus ni... setiap hari aku dengar tau...

fenomena Ustaz Azhar Idrus...


tq to my wife sebab dialah yang perkenalkan aku pada Ustaz Azhar Idrus ni... ishhhh, panjang pulak nama... tak larat nak taip... ok, aku ringkaskan nama ustaz ni macam mana yang orang lain dok sebut sebagai UAI... haaa, baru pendek sikit...

dalu aku ni memang susah nak dengar kuliah agama kat youtube ni... selalunya dengar lagu ja... nak pi masjid, ehem ehem... paham paham la kan... payah anak muda nak jejakkan kaki ke masjid... nak pi solat jemaah pun payah, apalagi nak dengar kuliah agama... solat jumaat selalu la pi...

bagi pendapat peribadi aku lah kan, orang masjid kena main kan peranan penting... pastu pulak penceramah atau penyampai kuliah tu kena pandai guna cara nak sampaikan kuliah... tak bolehlaa nak straight sangat... bila straight, tetamu yang hadir tu mesti cepat boring...

aku puji UAI, sebab dia pandai cari jalan untuk tarik anak muda... susah nak jumpa orang macam ni... ni lah yang dikatakan patah tumbuh hilang tiada ganti... semua kuliah agama dia, aku tengok masjid tu mesti penuh... memang betul fenomena UAI sekarang ni...

aku yang dulu tak suka dengar kuliah agama pun terus jadi cinta dan minat nak dengar kuliah agama... ada jugakla aku tengok kuliah agama dari ustaz lain, tapi sambutan kurenggg... mesti ada sesuatu yang tak kena kan...

akhir kata, teringin aku nak berjumpa dengan UAI ni secara berdepan... teringin untuk bersalam dengan dia... korang minat ker dengan ustaz ni...

Sabtu, 12 Mei 2012

stesen minyak jadi masjid...



selamat malam si kecik comel aku... mimpi best best tau... akhirnya tidur jugak dia... waktu ni lah aku jadi bebas... bebas bersama laptop... nak bebas bersama isteri dah tak boleh, isteri terpaksa kerja malam ni... selalunya lah kan, si kecik aku ni susah nak tidur awal awal... paling awal dia tidur pun 1.30pagi...

keletihan agaknya... sebab tu yang tidur awal... cakap pasal si kecik aku, dia selalu excited bila nampak stesen minyak... dari jauh kalau nampak stesen minyak, mesti dia sebut Allah... tapi dalam sebutan kanak kanak la kan... sebutan yang tak berapa lancar gitu... walaupun tak lancar, tapi comeyyyy...

agaknya dia ingat stesen minyak tu masjid kot... kalau tak sebut Allah, mesti dia sebut Laa ila ha illallah... atau dalam bahasa dia yaiyallah...

dua perkataan nni je yang dia tau sebut... panggilan daddy ngan mummy sekali pun dia sebut... aku pun naik risau dah...(padahai tak sabaq) hehehehe... bilalah agaknya dia nak sebut daddy and mummy...

masuk bulan ni, umur dia 1tahun 8bulan... ishhh, berat sungguh mulut dia... tapi tak pa lah, aku tak kisah... asalkan anak aku sihat wal`afiat... syukur Alhamdulillah...

lagi satu aku tengok anak aku ni lebih kepada keagamaan dan patriotik... pantang dengar azan ataupun kuar je lagu patriotik kat tv, konpom dia terpacak je kat depan skrin tv tu... harap harap nanti dia akan jadi seorang anak yang soleh dan kuat dengan pegangan agama... Aminn...

Khamis, 10 Mei 2012

nak betul betul ke,main main jaaa



lepas aku lahirkan blog yang tah apa apa ni, aku pun terpikir... betul ka aku nak bergiat aktif dalam dunia penulisan ni... atau sekadar hangat hangat taik ayam je... ada ka orang nak mai menyinggah kat blog aku ni... masa buat karangan bahasa melayu kat sekolah dulu tu pun punyala malas semalasnya... ni ada hati pulak nak berblog...

ahhh... aku tak peduli dengan bisikan syaitan yang nak melemahkan semangat aku yang baru nak berkobar kobar ni... berkobar la sangat tu... lantaklah...

alaaa, aku bukan nak jadi blogger yang pemes pemes tu... aku buat ni sekadar seronok ja... ada orang gunakan blog untuk tambahkan pendapatan... aku tak kisahlah, lagi pun aku ada perniagaan aku sendiri... bagi aku, blog ni tempat aku nak tulis apa yang aku rasa nak tulis... lain orang lain caranya...

harap harap blog aku ni panjang umur... hehehehe... tu pun kena bergantung pada tahap kesungguhan dan kerajinan aku dulu...

Selasa, 8 Mei 2012

akhirnya....

tiba tiba aku rasa nak buat blog... ehh, gedik pulak rasanya... apa tujuan sebenar aku wujudkan blog yang tah apa apa nih haa...??

sebenaqnya aku selalu dok tengok isteri aku dok update blog dia... jeles pun ada, geram pun ada jugak la sikit sikit...

jeles bila aku tengok banyak jugak follower kat blog isteri aku tuh... syok pulak bila tengok gambaq gambaq anak aku kat blog dia... boleh jugak buat kenangan...

yang bab geram tu bukan pasai apa pun, isteri aku ni kalau dah mula online, mula la dia kusyuk dengan henpon dia tu... kadang kadang tu dok tergelak tekekek kekek sorang sorang dia... tak leh jadi ni... hasad dengki dah mula menguasai diri aku...

aku pun apa lagi, gatai gatai tangan la wujudkan blog ni... padaihai apa yang aku nak tulis nanti aku sendiri pun tak tau lagi...

akibat dengkikan isteri,aku pulak terjebak dalam dunia blog...parah parah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jual-jual...